petang itu..

7.30 petang

kelihatan dikesamaran malam, masih ada yang masih membanting tulang, berpeluh kesah, berhempas pulas, dan susah tentu sahaja bukan dari 'kita', kerana kebiasaannya, 'kita' kerja yang lebih mesra waktu, mesra gaji, mesra tekanan.

dari jauh aku lihat, susuk tubuh mereka tidaklah gagah, jauh sekali berupa, bukan menjadi seorang hakim dalam hal raut wajah, cuma selain dari faktor luaran itu semua, mereka ada usaha, mereka rajin bekerja.

lantas aku mengimbau kembali pemerhatian-pemerhatian lama, kebiasaan orang 'atasan' bukanlah mereka yang gagah perkasa, bukan juga pandai dalam hal akedemik, cuma kelebihan yang lebih dalam bidang komunikasi, juga pengurusan. Lantas mereka duduk ditempat yang lebih tinggi, kurang usaha tapi lebih perolehannya.

maka sepatutnya sejak dari kecil kita patut diajarkan hal-hal itu, bukan belajar sampai 9 subjek masuk PMR, 13 subjek masuk SPM, dan subjek-subjek yang harus difahami bila dimenara gading kelak. cuma persoalannya, mampukan pengurus tanpa pekerja, mampukah pengarah tanpa anak buahnya.

hati kecil ini cuma berharap, masing-masing memainkan peranan. mereka yang bekerja kuat haruslah diberi yang setimpal, mereka yang diatas harus (bahkan sepatutnya) berfikir perihal orang bawahan.

jangan jadi gampang.

jadilah manusia yang memberi ihsan kepada orang lain juga.

dan jika anda berjaya kelak, ajaklah kawan-kawan untuk berjaya sama, dan itu lebih memberi erti bilamana kita mati nanti, tiada lagi apa disisi, cuma kesan tindakan sewaktu kita masih hidup, moga tindakan-tindakan itu lebih natijah daripada bahana.


2 cakap-cakap:

Anak Pak Muin berkata...

well said..amatla praktikal bg silibus universiti utk memperbanyakkan pembelajaran secara amali @ hands on, dan bukan teori semata..agar in the future kite tak dipandang enteng oleh technician yg mmg expert dlm hal ini

van montaha berkata...

kalau dah bosan kerja nanti, aku ingat kita jadi lecturer lah bro, turun ilmu bermunafaat kat student2.

depa asyik dok kena sogok dengan teori je, kesian.