bangunan pintar..

mingu ni, kerja fizikal tak berapa nak ada, mungkin disebabkan workers kebanyakannya berbangsa asing, mengambil peluang cuti raya cina untuk turut sama bercuti.

jadi dikesempatan itu, gua curi-curi menyiapkan kerja-kerja ofis yang berkaitan shop drawing, document kan apa yang perlu dan tak lupa mendalami ilmu baharu.

dari seluas-luas bidang dalam bidang M&E ini, gua sangat tertarik dengan sistem yang satu ni, dia orang biasa panggil Building Automation System (BAS), atau kadang-kadang dipanggil BMS (building management system).

sistem ini sangat berkait rapat dengan automasi dalam pengawalan & penyelenggaraan sesebuah bangunan, seiring dengan dunia kita yang semakin maju dan tanpa wayar, bangunan yang dilengkapi dengan sistem ini dipanggil bangunan pintar (intelligent building).

sistem ini secara tidak langsung membabitkan beberapa tingkatan ilmu yang berlainan cabang, antaranya, pengaturcaraan (coding), susun atur (interface design), juga elektrik dan elektronik (termasuk juga pendawaian).

ini secara langsung, menyentuh minat gua yang terpendam sejak habis sekolah menengah tempoh hari.

mungkin ini peluang baru, selepas sekian lama meninggalkannya?

atau mungkin hanya distraction, bertujuan mengalihkan perhatian gua yang all put dalam kerjaya sekarang?




2 cakap-cakap:

-apis- berkata...

bro,prof zaza ada inform sket pasal BAS masa amek air cond dlu..applie kat jabatan pembangunan..lg 1 bro aku tgk blog ko dh makin byk tulisan dari photo yg nice..hehehe

van montaha berkata...

yup, buku dr.zaza still aku guna sebagai reference, but dia punya still basic, from there aku search advance knowledge,

photo? aku pun rasa gitu. thanx for the reminds, wa cuba stabilkan ;-)