bro, apa cer, hilang lama?
hmm, gua amik masa sikit, mood menulis ni kadang-kadang ada, kadang-kadang takda. Nak kata writer's block, dok pulak, sebab gua bukanlah true punya writer, tulisan-tulisan gua lebih banyak musibat dari manfaat.
moral down? takkan sebab kerja, setahu kami, lu memang in kerja construction ni.
semenjak bergelar orang lama (masuk 5 kali gaji), gua tak berapa boleh hendel masalah-masalah dari site, macam aircond trip, manhole tersumbat, ofis tenant banjir dan sebagai. Walaupun masalah ni tak besar mana, tapi kalau kena taji selalu, buat luka jugak.
macam tu pulak. abis macam mana sekarang?
tu lah, gua hampir mati akal, atau lebih tepat mati minat, tapi bila gua kenang masa mula-mula gua kerja dulu, takkan macam ni je gua nak quit.
jadi gua bercadang, nak keep balance, tak nak beria sangat sebab nanti bila masalah mari, gua cepat down, pelan-pelan kayuh kata budak-budak muda.
by time gua amalkan, hati gua datang senang, gua ada masa muhasabah dengan harapan kalau masalah mari, gua boleh twist atau shift mana-mana.
baguslah kalau macam tu. harapnya lu boleh pergi jauh.
gua pun harap begitu, sebab secara naifnya gua nampak bidang ni secara jangka masa panjang, boleh majukan ramai pihak. tak kira dari pihak pengurusan, pihak pelaksanana, mahupun budak-budak yang hands-on.
lu bayangkan, bila dapat satu projek, teknikal kena kaji & tetapkan sistem, pengurus kena atur susunan kerja, pelaksana kena pastikan sistem yang ditetapkan dapat dipasang mengikut susunan yang telah ditetapkan, dan budak-budak hands-on dapat belajar cara nak pasang sistem tadi.
kerja ini melibatkan ramai orang, orang lama dan orang baru, jadi bila kitaran ini berulang-rulang, yang lama akan jadi pakar, yang baru akan jadi lama, dan kekosongan dapat diisi oleh mereka-mereka yang lebih baru.
nampak tak?
bro, cara lu cakap macam senang.
macam biasa, teori memang senang, bila nak realkan, memang akan ada cabaran, dugaan, kacauan, kegampangan dan segala macam cobaan.
tu tak campur ketirisan-ketirisan yang berlaku dek kerana orang-orang malas bekerja tapi dapat projek senang. tu pasallah sistem kroni patut dihapuskan. bukan sebab tak mahu tengok bangsa sendiri kaya, cuma realitinya, dia sorang kaya, anak bangsa kayap, dapat projek terus alibaba sebab diri sendiri takda kapabiliti.
tapi, bagi mereka yang benar-benar berusaha, harapnya semua usaha-usaha itu berkadaran dengan nilai pengalaman, agar dapat digunakan untuk memudahkan masa hadapan, hendaknya.
oklah, masa untuk berehat.
bye.
2 cakap-cakap:
siri brcakap ngan diri sendiri :) all the best dear! :) keep fighting~
thanx awak ;)
Catat Ulasan