curi-curi balik kerja awal
sampai rumah, tak mandi
baring, bukak laptop, guling
jam menunjukkan 12 tengah malam
***
masa semacam mencemburui kita, pepatah ada mengatakan, jika kita tidak memintas masa, maka masa akan memintas kita.
dalam bahasa mudahnya, kalau masa akan tetap berjalan walaupun kita tidak menggunakannya secara sebaiknya.
saat masa telah berlalu, tiadalah gunanya untuk kita menyesali.
guna
lapang sebelum sempit. guna sihat sebelum sakit. guna kaya sebelum
miskin. guna muda sebelum tua. dan guna hidup sebelum mati.
peringatan yang padu intipati jika kita dalami, dan amali.
***
bagi
aku sendiri, produtiviti (merujuk kepada penggunaan masa secara
optimum) dipengaruhi oleh faktor sekeliling, dengan siapa kita membesar,
dengan siapa kita tinggal, dengan siapa kita kawan, dengan siapa kita
bekerja dan sebagainya.
maka faktor-faktor ini yang
membentuk pemikiran & attitude secara sedar atau pun tidak. manakan
sama orang kampung dengan orang bandar, manakan dunia ketiga dengan
dunia kelas pertama.
tetapi jangan disalahi keadaan
pula. merasa diri tidak bertuah kerana lahir dalam keluarga tidak
berada, berasa rendah diri kerana tiada darah kacukan, dan lain-lain
perasaan yang sebenarnya boleh diatasi dengan sedikit usaha dan tunjuk
ajar.
maka ayuhlah, sementara kita masih muda, terus maju dan berusaha.
jangan dilupakan rakan seusia, kerana ini adalah masa kita.
1 cakap-cakap:
rendah diri kerana tiada darah kacukan? heheh
Catat Ulasan