klimaks..

hari ini, genap 2/3 dari minggu paling klimaks sepanjang projek penambahbaikan sistem pengudaraan untuk bangunan KWSG.

minggu yang paling panas bagi penyewa, minggu yang banyak komplain, minggu kerja lebih masa untuk subcon, dan juga minggu memeningkan untuk pihak pengurusan.

masing-masing perlu memainkan peranan, agar 3 minggu penuh dugaan ini, kelak membuah hasil kepada semua pihak, bukan pengorbanan berani mati, tapi pengorbanan bererti, lantas matlamat untuk mencapai thermal comford bukanlah sekadar propaganda..

dari sudut lain, kita sudah pun sedar, yang kejuruteraan pengudaraan perlu dititik beratkan sejak dibangku universiti lagi, matapelajaran thermodynamics, heat transfer & fluid dynamics, masing-masing menyumbangkan pemasangan air-cond secara optimum, ralative humidity yang sesuai, suhu sejuk yang selesa serta penggunaan tenaga yang berpatutan, perlu diambil kira semasa proses pemasangan, agar situasi menang-menang antara kontraktor dan klien diperolehi.

dari sudut progress kerja, gua merasakan, berbaki satu minggu adalah detik-detik paling getir, mahu tidak mahu, plan A plan B dan plan C haruslah disediakan agar halangan tidak jadi penghalang, dugaan tidak jadi alasan untuk memenuhi jadual kerja yang telah ditetapkan.

*mengeluh*

its gonna be a long week dude.


2 cakap-cakap:

Anak Pak Muin berkata...

habes projek, ang watpe

orked@Luna berkata...

all the best awak..gambate!! :)