pagi ini terasa damainya, kebetulan hari cuti, jadi otak tak berapa rushing untuk susun orang kerja supaya boleh meet work program, tiada juga rushing rider motor dek kerana bangun pagi tak on time.
hari yang indah, langit yang lebih biru, dan pokok-pokok tinggi kehijauan menemani aku pagi ini.
penutup tahun 2011, sebelum bertemu dengan 2012 yang penuh dengan harapan.
syukur alhamdulillah, jasad masih bernafas, otak masih waras.
*itu cerita 5 hari lepas
hari ini masuk lima haribulan satu, tahun baru dua ribu dua belas. pagi yang masih sama damainya, cuma hari ini aku bekerja, tidur yang tak berapa lena dek akibat memikirkan kerja-kerja yang masih tidak kesudahan.
moga dipermudahkan, dan aku ingin bercuti selepas semua ini selesai.
mencari masa-masa yang telah pergi, menyusun strategi untuk lembaran tahun ini, yang baru saja bermula, dari kerjaya, keluarga, dan perhubungan, mohon saja berjalan lancar.
secara detailnya masih kabur, cuma secara kasarnya, harapan tahun ini, aku harapkan kestabilan, baik dari segi watak, sikap, dan komunikasi.
kerana secara urutannya, pasca 2011 masih lagi terikat dengan identiti seorang pelajar, yang mana waktu paling enjoy sepanjang hidup, masih tidak terikat dengan tanggungjawab, masih meneroka ruang dan waktu.
pada waktu itu juga, selain bidang akademik, aku mencuba-cuba bidang perkhidmatan, belajar bukak kedai printing, belajar amik tempahan baju dan sebagainya. walaupun tidak berapa besar, namun cukup sebagai kickstart kalau-kalau nak mendalami bidang tersebut dimasa akan datang.
dan tanggal pertengahan bulan 2011, tamat belajar secara rasminya.
tidak menunggu lama, lebih kurang sebulan kemudian, berbekalkan cakap-cakap orang, aku masuk dalam bidang kerjaya. interview dalam bidang maintenance, end up stay dalam bidang kontraktor.
dan lebih kurang 5 bulan, aku masih disini, mencari erti-erti sebuah kerjaya.
1 cakap-cakap:
we can plan..
we can hope..
but we can't predict what will happen tomorrow..
just..do the best..and never give up dear.. :)
Catat Ulasan