RSS

Hari sebelum killer paper


Kalau dihitung menggunakan jam, hanya tinggal kurang 24jam sebelum killer paper, measurement the legend terpaksa gua hadapi, namun pagi ini gua masih dapat bangun seperti biasa, mandi awal dari kebiasaan, menge'teh bersama rakan, walaupun feelnya tidak sama, jauh sekali dengan feel teh pada awal kemasukan, di bumi engineering ini.

Gua tak berharap paper esok membunuh gua, seperti mana ia membunuh gua bersama berpuluh-puluh rakan 2sem yang lepas. Jadi gua mesti sambung ulangkaji, walau berapa kali tutorial dan past year terpaksa gua jalani, dengan harapan esok paper ini tidak mampu membunuhku sekali lagi.

Dan gua bingkiskan sekeping gambar tatkala gua jauh dari ini semua



Gua rindu mereka, idealogi-ideologi yang dikongsikan, lawak ringan yang tak pernah muram, masih sama seperti perkenalan kami sejak kami mengenal dunia, gua harap masih ada masa untuk kita bersama, mungkin bukan sem ini, juga sem depan.

 

 

Juga kepada si dia yang sedang bershopping, masih lagi mungkin, semoga cepat sampai rumah (^-^)
Later~

Hidup ini tak seindah yang disangka


Huh, kena edit lagi, gua kadang-kadang baran terkilan gak ngan orang atasan gua, suke-suke suh tacap balik, bukan tak elok, just pada pandangan dia nampak kureng,, kalau sekali dua suh tacap gua boleh terima lagi, apa yang boleh gua buat cekalkan hati.sigh~

Berikut apa yang boleh gua gomelkan bualkan pada pagi yang sentiasa indah ini, 2hari sebelum paper lagend yang perlu gua ambil



line vertical (versi asal) terpaksa gua kalih jadi header, ape kes

 
tak nak word tentatif program, nak program ja

 
box yang terpaksa gua invi kan, sebab pe tah



yang ni belum kena komen lagi, huh


p/s: baju annual camp Palapes USM telah pun siap, setakat ni komen yang amat merangsang memberangsangkan, thanx kepada rakan-rakan yang banyak membantu gua, sem depan kita buka kedai baju pula. haha. Later~

p/s: baju t-shirt serendah RM15 boleh didapati terus melalui aku, jangan malu bertanya untuk tempah ea~ (^-^)v



Dsgn Elemnt


Camne korang nak sebut tajuk entri gua kali ni? Hah musti korang tersebut design element kan? Kenapa gua eja camtu? yang tu kena tanya pemilik Dsgn Elemnt tu sendiri. (klik)

Ni lak antara karya beliau yang sempat gua download






signage



 Kad kahwin

 
 Publication


Gua petik quote dari laman web beliau:
“Hello There! If you want to promote your business using strategic, high quality graphic design, then you have come to the right place. We specialize in branding, graphic design, web design and strategy. Which means we can not only provide you with lots of ideas as to how you can improve your business but we can also carry these ideas through in style.”


Senang citer dsgn elemnt ni adalah sebuah company untuk design mendesign. so kalau korang ada budget lebih, memang aim untuk bisnes jangka masa panjang, boleh la contact beliau, macam-macam ada, paling penting pengalaman beliau la.

Tetapi.. bagi mereka yang kurang budget, atau masih tak bran mengambil risiko, upah saja para amature seperti gua (^-^)v haha Later~

Akhirnya sempurna..




Setelah gua ulang alik dari pejabat HEP beberapa kali, akhirnya hasil kerja gua diterima pakai juga akhirnya. Jika ada yang berminat tengok atau tiru rujuk, boleh saja download disini:

Korang boleh tengok perjalanan gua pahit getir sebelum siap buku ni (klik), terdapat beberapa tacapan akhir yang  gua terpaksa lakukan disaat-saat akhir, gila weyh, minggu exam ni. Beberapa tips yang gua mahu kongsi jikalau suatu hari nanti korang terpaksa kena design buku program..

8 Tips bagaimana membuat Buku Program yang disukai ramai

  1. Firstly, pastikan ejaan betul, tatabahasa, juga tatasusila jika ada, perkara ini jika dipandang ringan bakal meragut masa dan kudrat anda, percayalah
  2. Then, pilih satu tema agar design korang tak nampak kalut, kali ni gua pilih tema happening, banyak main kaler-kaler ceria
  3. Lagi baik kalau ada sumber rujukan, means buku yang korang nak tiru buat panduan, ia penting kerana mampu menjana idea korang dengan lebih pantas
  4. Rajin-rajinkan diri untuk search di internet, gambar-gambar, idea-idea, layout-layout, banyak yang berguna disana
  5. Jangan malu bertanya, terutamanya orang atasan, kadang-kadang apa yang kita fikir seni hanyalah tahi pada pandangan mereka
  6. Jangan cepat mengalah, lagi-lagi bila idea korang asyik ditolak, ealah yang nak guna buku program tu bukan korang, orang atasan gak
  7. Pastikan juga semangat korang berada ditahap memuaskan, agar pekerjaan ini bukan dirasakan sebagai beban, tetapi sebagai latihan
  8. Jangan menyesal, sebab tak tolak job awal-awal, pekerjaan free ni lah yang buat pengalaman korang bertambah-tambah, perhaps pada masa hadapan, jika skill ko da mencapai tahap membanggakan, ada sedikit duit kopi dihulurkan
Huh, bleh tahan gak tips yang gua kongsi, tak pernah terfikir sepanjang gua terlibat dengan kerja-kerja penerbitan, ada something yang gua boleh kongsi, paling tidak pun antara 8 tips tu, ada 1,2 yang berguna.hehe.

Gua rasa sampai sini dulu, lepas design selalunya otak gua akan letih sedikit, rehat yang cukup amat penting sebab paper akan datang ni, measurement and instrumentation amat legend bagi geng mekanik. Later~
Copyright 2009 idea-mix. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy